maaf ye...

maaf ye...
maaf ye... tempahan ditutup buat masa skrng...

21 Mac 2010

cuti sekolah pun berakhir...

assalamualaikum dan salam satu Malaysia...
cuti sekolah akan berakhir pada ahad ni bagi negeri yang masih bercuti lagi... begitu jugalah dengan kenduri kendara, waktu sekolah lah yang ramai sibuk nak buat kenduri... kalau sebelum ni semuanya sibuk sepanjang minggu, bukan seminggu tapi berbulan-bulan nak menyediakan persiapannya...dari mensyuarat jiran tetangga bagi yang buat gotong-royong... nak cari katering,.. bunga telur, pelamin... nak sewa khemah..berapa orang tetamu nak dijemput... takut nanti tak cukup pula makanan nak dihidangkan pada para tetamu...telefon pula tak henti2 berbunyi..yang paling penat sekali tentulah tuan umahnya, mak ayah pengantin ler... nak pergi menjemput jiran2, kawan2 lama, sanak saudara yang tak kira dimana berada... kalau nak menjemputni selalunya kena sampai depan pintu umah menjemput,.. takut nanti kecil hatilah pula kalau menjemput pakai pos, pesan memesan atau sms je...
kita yang dengar atau baca ni pun dah letih rasanya... tambahan pula bagi yang pertama kali buat kenduri, ada je yang kurang dimata dan tak kenanya...bila dah selesai kenduri yang tinggal mak ayahnya jelah.. termenunglah sikit.. tapi kalau gotong-royong, jiran tetap datang membantu hingga selesai... alhamdullillah kalau dapat jiran macam tu, adik beradik semuanya dah balik... dan masing-masing ada kehidupan sendiri yang nak diuruskan, tak boleh nak salahkan juga.... janganlah terasa apa yang liza coretkan disini, tapi itulah lumrah kehidupan, yang semuanya pelakon utama dipentas dunia...
namun mak ayahlah yang paling gembira walaupun penat melayan tetamu.. gembira kerana melihat kebahagiaan anaknya...ada sedikit kesedihan, anaknya kini sudah menjadi milik orang... masih tetap menyayangi anak2nya... alhamdullilah semuanya dah selesai dengan baik...

dan yang paling baik sekali.... ni kek fondant liza... hehhehehe
ni kek pengantin tradisional yang kedua liza buat... warna hijaulah pula..
tapi kek ni setingkat je... bajet.. tapi nak ada figurinnya juga...
punyalah syok dan tak sabar nak buat kek ni...
nampak memang mudah, tapi seharian jugalah liza nak siapkannya... dan cintaku outstation, jadi liza nak buat deko ni time adik tidurlah...
jam 3 pagi baru selsai mendekonya.. itupun belum 100% siap...
apa-apa pun kita layan gambar ni dulu ye....
hah...! biar betul... pengantin pakai tongkat ke?

kalau jodoh tak kemana, bunga tu cik abang kasi ke...?
pengantin tradisional... memakai tudung, bersampin... cik abang pegang cik adik elok2 tau...

botak ke pengantin lelakini...? nak tunjuk bunga jelah... hehhehe
bunga mawar ni liza buat dari fondant juga, tak guna acuan tekap pun, buat bulat2 picit dan nipiskan dengan jari je...
kan dah ada rambut... siap pakai tanjak lagi...
dah siap pun pengantinnya...
Bunga rampai harum baunya,
Bunga mawar pilihan si dia,,
Maaf dipinta jika terkasar bahasa,
Nak kek macam ni orderlah segera...
okeylah sampai jumpa lagi...
wassalam..
muahhh... i luv kekdihatiku...

Tiada ulasan:

KALENDAR KELAS

PILIH MODUL KELAS DAN TARIKH SABTU @ AHAD JIKA BERMINAT...
TERIMA KASIH...

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE