maaf ye...

maaf ye...
maaf ye... tempahan ditutup buat masa skrng...

06 April 2010

AIRCRAFT... cintaku yang buat...

assalamualaikum dan salam buat kengkawan semua...

hasil kerjasama dari liza dan cintaku... bersemangat betul nak buat kek fondant ni... masa liza bakar kek ni, tak terpikir pun nak buat macam ni, bila digabungkan idea liza dengan idea cintaku yang ada kalanya liza merajuk taknak pakai idea cintaku... tapi cintaku pandai pujuk.. hehhhehe.. sememeh betul liza ni

ni kek dalamnya yang bahagian tapak bawah aircraft tu.... liza guna resepi kek marble, tapi liza buat warna-warni maka jadilah kek pelangi... 

ni ler anak murid ku yang pertama... hehhheheeh.. liza cuma tunjukkan cara macam mana nak buat... jadi bentuk badan aicraft ni cintaku yang tahu dan berpandukan gambar yang diprint... selalu repair aircraft yang betulnya, ni tengah repair aircraft dari fondant pula... bagus... bagus... cintaku yang buat sendiri... fondant pun dicanainya sendiri dan balut pada kek tu...

kek ni liza buat kek coklat moist

ni lah hasilnya... kami mula mendeko kek ni dari jam 11 malam sampai 3.30 pagi,
kena bagi anak2 tidur dulu, baru boleh buat kerja... sebab 2-2 tengah mendeko, nanti takda sapa pula yang nak tengok anak2... barulah kerja berjalan dengan lebih lancar... hehheheh

pandangan dari atas. liza buat macam aircraft ni tengah terbang... ada awan dan juga burung berterbangan... best betul tengok aircraft ni, hasil kerja cintaku...

pandangan dari tepi... liza buat ada pokok, bunga dan rumput... simple je... seronok mendeko dengan fondant

berat kekni selepas dideko lebih kurang 3kg

FAMILY DAY
10 SKN
DIADAKAN PADA 3 DAN 4 APRIL 2010
; )
berminat nak order kek macam ni tapi bentuk lain?
boleh hubungi liza atau nazrol
019-4741805/019-5720120

wassalam
 i luv kekdihatiku

Tiada ulasan:

KALENDAR KELAS

PILIH MODUL KELAS DAN TARIKH SABTU @ AHAD JIKA BERMINAT...
TERIMA KASIH...

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE