maaf ye...

maaf ye...
maaf ye... tempahan ditutup buat masa skrng...

25 November 2010

new product... APAM DINOSOUR

salam ceria dan assalamualaikum...

tengok gambar ni dulu yer... gambar2 cartoon dinosour... ambik kat en. google....


yang kat tengah2 tu ler APAM DINOSOUR...
warna-warni colour nyer kan....


size apam ni sama macam size mini muffin
size papercup mcm almond london
sesuai sangat untuk minum2 petang bersama keluarga... atau pun untuk jamuan makan....
boleh buat doorgift untuk sebarang majlis istimewa untuk tetamu yang hadir....

HARGA untuk APAM DINO....

100 pcs
APAM DINOSOUR PLAIN
RM30

APAM DINOSOUR FILLING
(blueberry, strawberry, oren)
RM 35

24 November 2010

SPM.....STPM

assalamualaikum..... dan salam ceria buat semua....

SPM dan STPM sudah bermula.... 
good luck pd semua yang menduduki peperiksaan AKHIR TAHUN.... 

23 November 2010

muffin...

SALAM CERIA DAN ASSALAMUALAIKUM...

muffin utk makan2 jer....

muffin coklat chip n almond...

muffin strawberry, coklat chip n almond...

22 November 2010

AKADEMI LATIHAN PENGENDALI MAKANAN...

salam ceria dan assalamualaikum.....


nak cerita tentang kursus yang pernah liza hadiri ketika nak ambil lesen berniaga untuk pasar ramadhan... dan serba sedikit kursus yang liza belajar.....
Kursus ini adalah penting untuk liza memenuhi syarat bagi mendapatkan lesen perniagaan dari
pihak berkuasa tempatan... lesen berniaga di pasar ramadhan



Ianya juga sesuai untuk dijadikan sebagai panduan kepada kita untuk menjaga kebersihan... dan beberapa tips atau panduan untuk menjaga kebersihan....


Penceramah Akademi Latikan Pengendali Makanan adalah yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. kursus ini akan menjelaskan tentang keracunan makanan, pengendali makanan, cara penyediaan makanan, perlatan dan perkakas yang digunakan dan kawalan serangga perosak ... 


terdapat juga sepintas lalu tentang bakteria, penyebab keracunan makanan... tanda2 utama terkena keracunan... dan cara2 kawalannya... jadi apa tunggu lagi.... jika ingin menimba ilmu dan ingin mengetahuinya lagi, bolehlah pergi kursus ni.... tak mahal pun ... sekali jer pergi... promosi lah pula.... 


serba sedikit nota tentang kursus....


DIFINASI KERACUNAN MAKANAN...
Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar dengan kuman atau bahan kimia. terdapat benyak kes keracunan makanan berlaku dan ianya boleh mengakibatkan maut...

TANDA2 KERACUNAN MAKANAN...
~ memulas dan sakit perut
~ cirit- birit
~ loya dan muntah
~ demam dan kesejukan
~ Maut


PENCEMARAN KERACUNAN MAKANAN
1. pencemaran Biologi
2. pencemaran kimia
3.pencemaran fizikal




PENGENDALI MAKANAN..
pengendali makanan di restoran atau dikedai makan atau mana individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan penjualan makanan, hendaklah diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar, mempunyai sijil atau kad kesihatan yang disahkan...
siap kena cucuk lagi..  suntikan PELALIAN ANTI TIFOID...


macam2 lagi... dan yang paling liza ingat adalah kisah telur.....
korang nak masak apa pun yang menggunakan telur, basuhlah terlebih dahulu.. bukan susah pun... secara zahirnya kita akan nampak sedikit najis (tahi ayam) kat telur tu... kulit ayam sebenarnya juga dicemari dengan bakteria SALMONELLA...


Sebenarnya salmonella adalah sejenis bakteria parasit yg biasa terdapat pada ayam, telur, daging, susu mentah yg tidak diproses.


jadi kita yang dirumah pula....amalkan langkah2 berikut...

  • Masak daging ayam / lembu, daging cincang dan air semasak-masaknya.
  • Jangan pecahkan telur dalam bekas yg mengandungi bahan makanan lain. Sebaliknya gunakan pisau, sudu utk pecahkan telur ke dalam bekas yg berasingan krn bakteria ini  banyak terdapat pada kulit2 telur.
  • kalau nak lebih praktikal, telur direndam dalam air didih terlebih dahulu selama 5 saat sblm digunakan utk penyediaan makanan lain, atau pun basuh dengan bersih kulit telur sebelum digunakan.
  • Elak meletakkan kembali makanan yg telah dimasak ke dalam bekas yg sama sblm bahan tersebut dimasak.
    telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. 
    Telur kaya dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi AWAS, jangan makan terlalu banyak, kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang ingin merendahkan tahap kolesterol.

    sijil ALPM di Kajang


     liza harap info ni berguna untuk semua... 
    thanks pada yang sudi membacanya...
    wassalam....
    i luv kekdihatiku...



21 November 2010

wedding cake dari SAL...

salam ceria dan assalamualaikum....

istimewa diorder dari SAL, hadiah wedding cake untuk sepupunya... yang berlangsung pada hari Ahad 21 nov 2010...

SAL datang ke rumah untuk berbincang tentang wedding cake ni... setelah ditanya dan disoal selidik... macam yang SAL inginkan... wedding tu bertemakan warna ungu....

2 biji cake bulat, bersaiz 10'... nak bunga ros keliling cake.... dan ada cupcake diatas sekali letak nama pengantin sahaja... mula2 nak 2 tingkat jer.... tapi dah jadi 3 tingkat bila letak cupcake.....

cake tingkat bawah
marble cake strawberry n coklat
filling strawberry

cake yang kedua
coklat moist

NAILA & ASWAD
SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT


dah siap.... tqvm.....
nanti sal nak kawin pun blehla order kat akk yer....
apa2 pun terima kasih sekali lagi, SAL kenalkan kawan sorang lagi untuk majlis pertunangan nya pada JANUARY 2011...
 nak cupcake untuk doorgift...

wassalam....
i luv kekdihatiku....

19 November 2010

BLUE cupcake

salam satu MALAYSIA....

cupcake bertemakan biru.....

danish mesti suka... hehheheheh
nyum...nyum.... cupcake coklat moist....

tqvm.....

HAPPY BIRTHDAY TO IZZ

salam ceria dan assalamualaikum....

 tima kasih pada eina.. kalau tak silap ejaan nama nyer cam ni... dari putrajaya.....

istimewa untuk anak lelakinya....

nak simple kek.. warna biru..... dan cupcake warna hijau...


cupcake perasa vanilla dan coklat

nak dibawa ke tadika anaknya....

 berat kek setelah dideko 3.4kg...
kek coklat moist


terima kasih kerana sudi order kat liza....
dari Putrajaya datang pickup kat bukit jalil...
maaf ler tak dapat jumpa sebab ada kerja yang nak dibuat...

semoga happy2 selalu....
wassalam....

i luv kekdihatiku


18 November 2010

MAT REMPIT....

 SALAM CERIA DAN ASSALAMUALAIKUM....

ORDER DARI MAT REMPIT.....?

ish tak delah.... order dari penunggang motor yang berhemah tinggi.... yang patuhi peraturan jalan raya.... hehhehhe.... jangan mare.... 
kali ni hasil drawing dari cintaku... tunjuk jer camner cara2 nak buat... alhamdulillah, menjadi juga akhirnya.... bersemangat nak buat drawing motor ni..... apa2 pun kita layan dulu gambar ni....

blum siap lagi..... 

rumput tu pun cintaku yang buat.... siap semuanya....

ni contoh sebenar gambar nya... bila dah di lukis atas kek,
maka beginilah ruponyeer...
alhamdulillah... 
punyalah happy dan seronoknyer cintaku mendeko... nampak hasil yang dibuat sendiri....

 i luv kekdihatiku...
sampai jumpa lagi wassalam...


16 November 2010

ITACHI UCHIHA

SALAM CERIA BUAT SEMUA...
ASSALAMUALAIKUM....

nak crita tak sempat..... dok buat rendang dan cupcake... layan dulu gambar yer....







Itachi Uchiha...
dari naruto characters...


di order dr regular customer... achik.... untuk anak buahnya...

cupcake makan2 untuk raya aidiladha


asingkan dlm kotak lain, achik nak bagi pada kawan...

tq.....

i luv kekdihatiku
wassalam..

14 November 2010

CUPCAKE.... AIMAN TAK KISAH....

SALAM CERIA DAN ASSALAMUALAIKUM....

tempahan cupcake untuk seseorang yang bernama AIMAN ..... dari nadia...
nadia ada bagi contoh gambar cupcake, dia nak ada kereta, jalan raya n traficlight.. hehhhehe semua tu ada, tapi taklah sama design nya.... terpesong sikit...... liza buatkan tinggi sikt... ada bukit lah pula..... harap nadia suka.... 

kalau korang nak shopping WATCH (jam), boleh buka blog nadia....
semua cantik2... boleh pilih yang mana satu yang menjadi pilihan kalbu...



HAPPY BIRTHDAY TO AIMAN....

16pcs COKLAT MOIST
buttercream dan fondant

terima kasih yer nadia....
wassalam..

gambar jam berjenama yang ada kat blog nadia...



I LUV KEKDIHATIKU

cupcake BEAR.....

CUPCAKE UTK ALISHA NABILA...
THANK A LOT...
lupa nak letakkan gambar ni skali dengan cake number...


12 November 2010

MACAM2 PETUA.....

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti     kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
  (Surah Al-Ahzab:71)
SUMBER DARI BLOG
http://www.zsmystory.blogspot.com/

08 November 2010

CAKE NO 1

assalamualaikum... dan salam ceria buat semua....

cake no 1 yang ditempah oleh kak ila yang tinggal di bandar sunway kalau tak silap liza....

kak ila n hubby nya datang sendiri ambik kat umah.... buat kek no1 ni tak guna acuan pun....

kek birthday ni untuk anak nya yang no 3... sambut buat kali pertama... sebab tu kek bentuk no 1...
banyak kali juga kak ila ni bertukar tarikh nak ambik kek... disebabkan ada hal2 yang tak dapat dielakkan....
dah siap.... tapi masa masukkan dlm kotak, kakak tegur, budak ni nama apa..? baca kat situ NUR ALISA NABLA.... kakak kata nape nama dia NABLA....

aduhai.... tertinggal 1 huruf... 'i'....

cintaku tengah adjust sikit nak tambah huruf yang tertinggal tu....
dah tambah... tima kasih yer kakak sebab tanya pasal nama tu... dan tq kat cintaku tolong buatkan....
maaf yer kak ila... kesilapan teknikal... hehhhhhe.. 
sudi2kanlah order lagi yer, jangan serik pula... hehheheeh

cake coklat moist add filling coklat gananche...
berat kek 3.2kg

HAPPY BIRTHDAY 
NUR ALISHA NABILA

semoga sihat dan ceria selalu....

BLAJA LAGI....

SALAM SATU MALAYSIA....


assalamualaikum....
baru2 ni liza blaja beberapa teknik macam mana nak buat DRAWING CAKE....
cantik tak gambar ni...

kalau lukis atas kek macam mana jadinyer...
tapi lukisan ni memang susah giler nak buat....
dan inilah hasilnya sentuhan dari sifoo... insyaallah liza boleh lakukan... semoga liza berjaya.....


buat masa ni liza hanya akan ambil lukisan yang simple2 dulu untuk buat drawing atas kek.......
nak buat macam kat atas tu berjam2 kalau liza nak buat.... perhhhh... 
tuhan saja yang tahu...... susah wooooo....

oklah sampai sini dulu... nanti kita crita lain....

05 November 2010

HAPPY DIWALI 2010


salam ceria kepada penganut yang beragama Hindu...dan

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Untuk pengetahuan kita anak2 ku yang suka baca blog ibu, serba sedikit tentang perayaan kaum India ni....

Perayaan ni kenali oleh masyarakat India sebagai pesta cahaya, Depavali atau Diwali... ianya adalah simbol kebaikan yang boleh menumpaskan kejahatan, cahaya yang dapat menerangkan kegelapan. itu adalah kepercayaan bagi kaum India....

Masyarakat India menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.- Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

Selalunya bagi persiapan Deepavali, penganut agama Hindu akan membersihkan rumah mereka, dan akan mempunyai satu tradisi bagi mereka untuk membuat hiasan seperti      "kolam" akan dibuat dan lampuvilakku’ dipasang. Lampu ini lebih kurang macam sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.  Tapi sekarang ni, perayaan mereka dah bertambah seri dengan lampu-lampu moden dalam pelbagai bentuk....

Macam kita juga nak sambut raya puasa... masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakaian baru untuk dipakai masa raya nanti. Muruku merupakan kuih-muih tradisional orang India. tapi bila time raya  posa, kita pun tak ketinggalan ada juga.... Tetapi sekarang ni dah zaman moden..., mereka pun ada buat  macam2 jenis biskut dan kek...
'nyum..nyum...nyum.. sedap nyer maruku....'

suka tengok diorang hias warna-warni 'kolam' tu...
kalau nak tahu macam mana ruponyer.... kat sini saya cari kat en.google lah..... contoh2 gambar yang ada..... buat tatapan semua..

Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka...


banyak lagi hiasannya.... cari sendiri lah nanti.... hehhehhehehhe

SEKIAN... 
tq kerana sudi baca kat blog saya...



02 November 2010

DOA DAN FADHILATNYA....

SALAM CERIA DAN ASSALAMUALAIKUM
doa buat diri saya dan keluarga nak kongsi bersama kawan2 yang lain.... insyaallah...


 بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

Hadis:

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Maksud ayat:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Fadhilat ayat:

1. Seelok-eloknya dibaca tiga kali (3x), setiap kali selepas solat. Tujuannya untuk sebatikan ayat dengan diri kita (dalam badan).
2. Boleh juga dibaca setiap masa sebelum makan/minum di gerai atau restoran. Jika ada sekiranya orang hantar santau kepada kita pada waktu itu, dengan izin Allah cawan/pinggan yang mengandungi santau itu akan pecah.
3. Setiap ayat yang kita amalkan, ada 'khadam' yang menjaga kita, insya Allah.
4. Doa ini boleh juga digunakan sebagai pelindung dari segala jenis penyakit yang boleh memberikan mudarat kepada kita, seperti penyakit (H1N1) dan lain-lain. 
INSYAALLAH....

TERIMA KASIH
Sumber: http://pienotes.blogspot.com

01 November 2010

LOBSTER..... dari TAWAU

salam ceria dan assalamualaikum....

dah lama masak, tapi baru harini nak masuk dalam blog... cintaku order lobster ni dari kawannya yang nak balik dari Tawau... tak pernah lagi masak udang sebesar ni yang harga berpuluh ringgit untuk seekor.... hehhehhe... tak tau nak masak apa..... setelah disoal selidik pada kengkawan dan saudara mara.... diorang kata buat stim.... tapi bab stim menyetim ni liza kureng sikit nak makan..... 
dan yang pastinya tak sabar nak masak lobster ni... mula2 liza  basuh dan sapu dengan asam jawa.....
stimkan lobster dengan

serai
bawang putih
bawang merah
halia
sedikit garam

lepas stim, panas kan minyak dalam kuali dan goreng sekejap lobster tu... nampak kekuningan terus angkat, toskan...

goreng telur bagi hancur....(kacau...kacau..kacau)
angkat telur tu...
kemudian tumiskan
bawang putih
bawang besar
halia
masukkan sedikit garam dan sos tiram... kemudian masukkan telur tadi....
angkat dan letakkan atas lobster tadi....

dah siap... macam tu jer.....
nak taip resepi elok2 tak pandai.. maka jadiler macam ni... heheheehhe

dah siap.... 

ok.... insyaallah kalau ada resepi lain liza akan update dalam blog.....
salam ceria....

tq...

i luv kek di hatiku

PINDAH RUMAH...

SALAM SATU MALAYSIA....


Assalamualaiku dan Salam ceria buat semua.....

Pindah rumahlah pula...... sebelum ni dok kat Butterwrth, pindah ke cheras, hujung tahun 2008... jd kakak darjah satu lah mastu...

sekarang ni di bandar kinrara... kakak sekolah baru, masuk darjah 3... angah n adk tak sekolah lagi...
baru selesai angkut mengangkut barang pindah rumah hari Sabtu..... dan sekarang ni sesi kemas mengemas..... aduhai..... dah penat paking memaking nak bawa kerumah sewa baru.... sekarang nak punggah memunggah lah pula.... tapi insyaallah dalam masa terdekat ni liza ada juga terima order sikit2.... insyaallah liza akan cuba usahakan.... siapa2 yang pindah rumah pasti tahu macam mana keadaannya... lebih kurang 2-3 hari atau seminggu atau sebulan jugalah kalau nak settle kesemuanya, hehehehhe.... bab kemas mengemas ni liza kureng ler sikit.... nasib baiklah ada cintaku yang rajin... 

tapi alhamdulillah setakat ni bilik utama dan bilik mendeko dah nampak ler rupa bilik, kalau tidak nampak macam setor lah jawabnya....bilik kakak tak siap lagi...ruang tamu.....? buat masa ni tetamu jangan datang lah yer..selerak lagi... ada lagi yang tak kemas nya... bahagian dapur pula ada problem sikit...... air selalu tersumbat dan sekarang cintaku tengah usahakan nak cari org yang boleh buatkan... tapi harini cintaku kerja... jap gi balik lah kot tengahari....
dapur nak memasak tak bleh buat lagi... hehehhhhe.. makan tengahari n makan malam beli kat luar jelah... pindah kat tempat baru ni okeylah juga... nak beli makan pun senang dan kedai runcit pun dekat... jalan kaki je.... tapi liza naik moto lah... malas betul nak jalan kalau nak bawa adik n angah... buatnya nak dukung jer... bleh pengsan lah juga...

jiran2 kat sini tak kenal lagi.... insyaallah bila dah settle kemas mengemas bleh la buat sikit jamuan ringan2.... sambil tu kita promosi lah sikit kan.. insyaallah.... semoga liza dapat jiran2 yang ok... adalah juga kawan nanti....

dalam sibuk kemas mengemas bleh lagi berinternet, berfacebook... hehhehehehe.... cintaku awal pagi dah kerja.... oklah sampai sini dulu coretan tentang pindah memindah..... insyaallah jumpa lagi....


i luv kek di hatiku.....
wassalam....
p/s gambar semuanya dari cik google jer....

KALENDAR KELAS

PILIH MODUL KELAS DAN TARIKH SABTU @ AHAD JIKA BERMINAT...
TERIMA KASIH...

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE