maaf ye...

maaf ye...
maaf ye... tempahan ditutup buat masa skrng...

30 September 2014

SARANG LEBAH JANGAN DI JOLOK



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA



Roti sarang lebah memang top sekarang ni... ada yang buat kelas, sapa yg berminat dan ada cukup RM boleh la cari kelas yang berdekatan dan pelajari teknik untuk membuatnya...
dan sapa yang rajin n taknak keluarkan RM macam saya boleh tanya pak  GOOGLE ...
untuk makluman, saya dah pergi 3 kelas roti... sampai ke Muar, Ipoh dan di Kuala Selangor... 
bila tengok google boleh je buat, insyaallah... namun saya masih lagi perlu belajar... 
tak khatam2 lagi bab roti ni...

dengar crita fenomena Roti Sarang Lebah ni bermula di facebook oleh Lydia Honey. Memang cukup pantas tersebar kesedapan roti ni. Masa baru2 kecoh tu memang liza masih buat taktau jer.. 
Tak terasa pun nak buat roti ni.. 
tapi lepas ada sorang bakers di Parit Buntar ada buat jualan goreng pisang cheese n roti ni, trus je order kat dia n siap delivery dekat umah mertua.. depa kata sedap.. tu yg nak buat sesangat ni...
tak semestinya nak pergi kelas baru bleh menjual kan...
mencuba n buat tester kat kawan2... dah dapat oder... alhamdulillah...

dan silalah hormati bakers homemade ni... 
ada sesetengah bakers yang sudi berkongsi ilmu dan resepi dan ada yang tidak... fikir dengan positif andai mereka tidak berkongsi ilmu... itu tdk bermakna mereka itu sombong atau berlagak... 
hormat- menghormati di antara satu sama lain kan lebih baik... 
org tak bagi kita resepi, google je resepi, insyaallah ada, cuba dan terus mencuba... ada resepi yang menjadi, ada resepi yang kurang menjadi dan langsung tidak... 
usaha tangga kejayaan...
terpulanglah pada pandangan masing2...

saya kongsikan resepi dari pak google...

tak sempat n malas nak buat... order saja...

MINI BUN SARANG LEBAH
resipi : Lydia Honey
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yis
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam

utk hiasan 
Almond flakes, pumpkin seeds bijan hitam dan butterscotch jika suka

gebuz gebaz rotinya...

Cara2nya:

1. Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 

3. Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. 

5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya

7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 

8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.

9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye).

10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.

11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
atas permintaan customer...
6kg tepung...
SOS BUTTERSCOTCH1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


cara penyediaan sos...

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.

2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.

3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, 
sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk besi jangan guna sudu takut malang tak berbau .



Alhamdulillah... saya ada join FREEMARKETPJ haritu... 
ramai yg berkesempatan dapat merasai roti ni
 secara PERCUMA..
ada yg tak pernah lagi merasa n tak pernah pula dengar nama roti ni...
dan ada pula yang....
ooooooooooooo macam ni roti nya....

terima kasih pada pakngah Zasman yang sudi join n tolong kami...


insyaallah jika berkesempatan boleh kami join lagi team FREEMARKETPJ

konsep nya mudah...
bawa apa yg boleh diberi dan 
ambil apa yang perlu....

selain roti kami bawa juga barangan terpakai yang masih elok seperti pakaian, kasut, beg sekolah... 
utk mereka yang memerlukan... alhamdulillah seronok bila dapat membantu pada yang memerlukan...

selamat mencuba resepi ni......


jika berminat tempahan atau pertanyaan

sila sms atau whatssap 
atau terus hubungi 
EN NAZROL 019-5720120

atau emailkan
nazroliza@yahoo.com

terima kasih semua...

TERIMA KASIH...





Tiada ulasan:

KALENDAR KELAS

PILIH MODUL KELAS DAN TARIKH SABTU @ AHAD JIKA BERMINAT...
TERIMA KASIH...

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE