maaf ye...

maaf ye...
maaf ye... tempahan ditutup buat masa skrng...

27 Januari 2015

AIR PENAWAR UTK ANAK2 KU

 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




InsyaAllah, dengan niat yang suci, keyakinan kita kepada Allah dan berkat ayat-ayat al-Quran, mudah-mudahan sangat mustajab.
Insyaallah, mudah-mudahan sebagai jalan ikhtiar, 

jom kita buat air penawar sendiri, untuk apa jua niat yang baik-baik, khususnya untuk kesihatan, kecerdasan minda dan mental, fizikal, emosi dan kesucian diri zahir dan batin...

Caranya: Baca ayat-ayat di bawah ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.

1. Surah al-Fatihah : 17 X
2. Ayat Kursiy : 17 X
3. Surah al-Ikhlas : 17 X
4. Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 X

5. Ayat-ayat Ruqyah (saya buka you tube)
6. Surah Yassin

Ceramah dlm oasis Kalau dah jodoh...
Ustaz Kazim ada share petua dan doa untuk membantu kita dlm mendidik dan menangani anak-anak bermasalah.

Surah Yasin ayat 82. Ini untuk semua hajat.
Berhenti pada "kun" kemudian doa meminta apa yang dihajati dan sambung dan akhiri dengan "fayakun".



Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut-turut tanpa minum air jenis lain. 
tapi anak2 liza, tak bleh la pula.. mesti minum air manis, kena campur2 juga, kalau minum pun air kosong sikit je...
... 
Insyaalah, kita berusaha, Allah jua yang memustajabkannya. 

baca doa dulu sebelum bagi anak-anak minum:

" Ya Allah...aku ibu yang lemah, banyak khilaf dan salah. Aku mohon keampunanMu ya Allah, atas setiap rezeki yang telah ku suap ke dalam mulut anak-anakku hingga menjadi darah daging mereka. Barangkali, ada yang tidak jelas ( syubhah), ada yang kotor, ada yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan dan akal fikiran mereka. Ampnkan aku Ya Allah, aku bermohon agar Engkau sucikan tubuh badan mereka dari segala yang memberi mudarat, berikan mereka kesihatan yang terbaik, kecerdasan dan kefahaman dalam segala urusan agama, kekuatan hafazan dan segala yang terbaik untuk mereka."


Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

KALENDAR KELAS

PILIH MODUL KELAS DAN TARIKH SABTU @ AHAD JIKA BERMINAT...
TERIMA KASIH...

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE