maaf ye...

maaf ye...
maaf ye... tempahan ditutup buat masa skrng...

26 Mac 2015

NONA MANIS YANG ENAK BANGAT

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA 
لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt


Al kisah g makan kenduri jiran sebelah.... ada kueh hijau ni.... sedap bangat... tanya jiran nama apa kueh ni.... waaaaahhhhh... dah dapat tau nama terus je tanya pak gugel..... nak tanya jiran kang... kot dia yang buat... sbb jiran pun bisnes catering.... harap faham lah ye....
misi pertama cari acuan lompang yng kaler merah tu.....

org crita kueh ni asalnya dari Indonesia yaaaa.....
kalau tengok pada resepi lebih kurang mcam tepung pelita... tapi bezanya cuma... tepung pelita tu lembut dan lembik... sebab tu kena ada bekasnya.. daun pisang ataupun ada yg juga buat dalam bekas plastik mcm bekas dadih tu....

Kuih ni pula yang bahagian luar hijau tu rasanya macam kuih kasui, kenyal-kenyal lembut. Yang putih tu santan lebih kurang sama lah rasanya seperti kuih tepung pelita yang bahagian santan juga.. lemak-lemak masin...
nyummmmm....nyummmm....
ada saiz besar saiz kecil lah plak... 
masa beli acuan tu tak perasan...

anak2 suka sangat kueh ni....
enak bangat kueh nya....
liza kongsikan resepinya dicni...
selamat mencuba...
nak tengok resepi asal bleh singgah blog HESTI

 NONA MANIS
Resepi asal milik : Warisan Mama
Rujukan : Hesti's

liza cuba buat 2 adunan...
SUKATAN CAWAN NI BELI KAT KEDAI BAKERY LAH YE... KALAU PAKAI CAWAN MINUM TU TAK PASTILAH PULA...

Bahan A utk kaler hijau
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan kotak
hehehhhhe...campur air sikit nak bagi jd 1 cawan
1 cawan tepung gandum

cara2nya : 
Pukul telur hingga kembang.
  dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, 
kacau sehingga rata. 
cara malas liza.... 
masukkan dlm blender telur tu, blender je dulu.... kalau campur tepung kacau mcmtu je, nanti berketul2... malas nak tapis...
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata atau blender je semua....
Bila dah siap letak tepi.. buat bahan B pula...


Bahan B utk kaler hijau

1/2 cawan santan kotak
 1/2 cawan air pandan... 
ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air.
Kemudian tapis
(kes malas nak kisar lagi... guna esen pandan tambah air je)
hehehehehhehe....
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan 
(kalau dah letak esen pandan takyah lah...)

cara2nya : 

Satukan air pandan dan santan
Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan (optional) dan sedikit pewarna hijau apple. 
Kacau sampai rata dan tidak berketul2...
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, 
ada bunyi blup..blup tak?
sampai kilat dan sedikit pekat....

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B

Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih pula...

 Bahan C kaler putih
1 cawan santan kotak campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan kalau tak cukup...
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula  nak tambah boleh taknak pun boley,
1/2 sudu teh garam

 cara2nya : 

 Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu suam sikit dan masukkan dalam piping bag 
  
 bolehlah panaskan dahulu periuk kukusan hingga airnya mendidih
Balut penutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitik pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, jangan lupa sapu acuan lompang dengan minyak masak.

Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan penuh acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau

hingga adunan naik penuh cawan lompang

Kukus selama 7 hingga 10 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk keluarga anda.
anak dan suami suka makan sejuk2.. simpan dlm peti ais... makan sebelah malam... nyummm....nyummmm

 SELAMAT MENCUBA...



Tiada ulasan:

KALENDAR KELAS

PILIH MODUL KELAS DAN TARIKH SABTU @ AHAD JIKA BERMINAT...
TERIMA KASIH...

i FOLLOWWWW

AYAT SERIBU DINAR

AYAT SERIBU DINAR

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RN IDEAL ENT

"RN ideal" sempena nama aku dan cintaku... telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan 2009 baru diperkenalkan di laman blog. Kami menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cupcake untuk semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, pertunangan, sebagainya dan mengikut tema yang dikehendaki....... bolehlah jengok dan cuci mata dulu... kalau dah berkenan boleh order sekarang... ~BUMIPUTRA ~ FRESHLY BAKED ~ HALAL~ ...RN IDEAL ENTERPRISE(PG0214179-P)since 2008...

Viewer from 24-03-2010

FONDANT WEDDING CAKE

FONDANT WEDDING CAKE